? ??????????????color chromatic? ????? ?? ???Rating: 3.3 (4 Ratings)??5 Grabs Today. 4630 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Absolution? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??5 Grabs Today. 3481 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Eas BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 8 November 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

Pengerusi PSS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Tahun 2009 - Gagasan SMKDZMSR terus menumpukan kepada slogan " Satu Orang Satu Kegemilangan ". Setiap warga sekolah mesti membuktikan semua orang berupaya mencapai kecemerlangan . Kecemerlangan boleh dicapai dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan pelbagai bidang . Ibu bapa dan masyarakat terus membantu dan menyokong untuk kecemerlangan sekolah .Pada tahun 2006 SMKDZMSR telah dinobatkan sebagai sekolah " Anugerah Perdana " Negeri Perak . Manakala tahun 2007 Pusat Sumber Sekolah memenangi Johan PSS ( Kategori Sekolah Bandar ) Negeri Perak dan Pn Jenny Ho - Guru Bahasa Inggeris menjadi Johan Inovasi - 2005,2006,2007 ( Sekolah Menengah ) Negeri Perak. Kita boleh buktikan .Pada tahun 2008 - kita melangkah lagi dengan mewujudkan pelbagai Pusat Kecemerlangan : Pusat Kecemerlangan Matematik, Pusat Kecemerlangan Sejarah, Pusat Kecemerlangan Geografi, Pusat Kecemerlangan Pengajian Sains Sukan, Pusat Kecemerlangan Bahasa Arab, Pusat Kecemerlangan Pengajian Pra-Universiti, Pusat Kecemerlangan Pengajian Sains. Pusat ini dikendalikan oleh Panatia masing-masing . Bilik-bilik khas disediakan untuk membangunkan pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran , Inovasi, Kelas Khas, Perbengkelan dan pelbagai aktiviti yang menjana minda murid SMKDZMSR.Pada tahun 2009 - penumpuan kepada kualiti dan kuatiti pencapaian Peperiksaan Awam. Ini selaras dengan penstruktur baru kadar guru 1: 1.7 . Ertinya berlaku pertambahan guru di semua tingkatan. Tambahan pula kehadiran ramai guru yang berkelulusan Sarjana, ramai yang telah Lulus PTK Tahap 4 dan Guru DG 52, DG 48, DG44 dan lain-lain kenaikan pangkat yang mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia . SMKDZMSR mesti mencapai kualtiti yang sewajarnya. Adalah menjadi tugas utama Pengetua dan Pentadbir mengupayakan kelulusan dan kelayakan guru yang dimaksudkan .Sejarah sekolah ini telah membuktikan kecemerlangan dalam segala aspek . Kita bersyukur ke hadrat llahi di atas segala kejayaan yang telah dicapai setakat ini. Namun demikian, kita harus berusaha dengan lebih giat lagi untuk meningkatkannya di samping menyedari hakikat bahawa "tiada sempadan untuk mencapai kecemerlangan. dan kejayaan itu buka datang secara kebetulan tetapi mestilah melalui usaha ." Dalam konteks ini kita hendaklah mempunyai hala tuju dan objektif yang jelas supaya dapatlah kita mengatur strategi-strategi yang berkesan untuk mencapainya.Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad juga adalah sebuah sekolah yang mempunyai tradisi " etos " tersendiri dan kemudahan yang kondusif yang dapat membentuk peribadi seseorang murid sebaik-baiknya. Pergunakanlah segala kemudahan yang tersedia, bekerja kuat, perkuatkan kerja berpasukan, pereratkan perhubungan guru - murid -ibu bapa dan masyarakat.
English as part of our academic heritage challenge.
Although Bahasa Melayu is our national language , SMKDZM has always stressed on the importance of English as well. Being a premier school, English is also part of our heritage. The school has produced many excellent students who are now working or residing in Russia, United States of America and United Kingdom. These Riverians ( 1962-1975) are proficient in English and this has helped them to excel in their respective fields of expertise. We continue to urge and challenge students to pick up English as a language of knowledge in SMKDZM.
ICT in SMKDZM
Students are able to require knowledge through books as well as through the Internet. At the moment, we have 14 location in schools whereby students and teachers can access the Internet. Although the school is still without a computer lab, plans are on the way to build one by 2008. It is our vision that students would achieve 100% computer literacy by then. By 2008, we hope to produce IT as an elective subject in the SPM examination. We hope to produce students who are web designer, software programmers ,animators and computer engineers. It is also our desire to link up with other schools in Malaysia as well as other countries.
We also encourage donors to help us build a language lab in the future.
Bersama SMKDZM Maju Cemerlang Terus Gemilang.

Rabu, 9 September 2009

Titipan Patrotik untuk warga smkdzm

Tahap pertama dasar luar Malaysia ( Tunku Abdul Rahman 1957 – 1970 )
Dasar pro-Barat, antikomunis serta berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel- politik, ekonomi dan sosial Faktor Politik – ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan di dalam negara(PKM)Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara Komanwel- Britain, Australia dan New Zealand. Bagi menyekat pengaruh komunis- Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty(AMDA) 1956 British akan membantu Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negaraFaktor SosialPerdana Menteri Malaysia yang pertama1. Malaysia berbaik-baik dengan negara jiran. Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi(1963-1965), Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina(1963-1965)Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran 2.melalui perjanjian:-Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina. MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia)ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura)Faktor Ekonomi1. Pergantungan Malaysia kepada Britain – untuk menjaga kepentingan ekonomi:-Malaysia –anggota blok sterling dan menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia memberikan tumpuan kepada dua hasil utama iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain Pelabur Britain menguasai peratus yang besar dalam ekonomi negara – perladangan dan perindustrian2. Bagi mengurangkan pergantungan – Malaysia mengamalkan pasaran bebas dan mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain spt Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru

Sabtu, 22 Ogos 2009

SEJARAH PSS AL-HELMI




1966 mula ditubuhkan dengan nama khutub khanah (bilik pengetua sekarang) Guru : En. Yaakob b. Hj Abd Rahman.
1967 dipindahkan ke bangunan kantin kerana pertambahan buku disumbangkan oleh Pusat Penerangan Amerika. Guru: En. Ong Hwee Seng.
1970 dipindahkan ke Bilik Tayangan sekarang.
1974 Berpindah lagi ke Bilik Gerakan sekarang. Guru : En. K.R.A. Naidu
1976 Berpindah ke bangunan baru (blok E) hinggalah sekarang. Ditukar menjadi perpustakaan. Jawatan Pustakawan bergaji diwujudkan.
1984 – Guru Pustakawan Cik Sathiawaty
1986 – Guru Pustakawan Cik Norhayati bt. Musa
1987 – Guru Pustakawan Cik Juriah Ismail Peranan perpustakaan diperluaskan kepada Pusat Sumber Sekolah.
1988 - Tugas pengawas PSS diperluaskan kepada pelajar tingkatan 4, 5 dan 6.
1989 - Penyelaras PSS En. Muzammil Sulaiman. Perubahan yang dibuat:
Memanjangkan waktu operasi PSSsesi pagi : 9:30-11:30 pagisesi petang : 2:30 – 5:00 ptg
Mewujudkan pengawas PSS di semua tingkatan. Tingkatan 1 – 6.
Mengadakan pakaian mentereng pengawas PSS (tali leher dan lencana pengawas PSS)
Mengadakan perlantikan rasmi pengawas PSS dengan penyampaian watikah & bacaan ikrar.
Memusatkan semua ABM ke bilik PSG.
1992 - Membesarkan bilik PSG
1994 - Bilik PSG dikecilkan.
1997 – Penyelaras PSS Pn. Julia bt. Kamarudin
1998 – Penyelaras PSS En. Muhammad b. Abu Hassan
2003 – Sekarang , Penyelaras PSS Pn. Khadijah bt. Umar. Perubahan yang telah dibuat:
Ø Mewujudkan Bilik Tayangan di blok C.
Ø Mewujudkan Bilik Profesionalisme.
Ø Melengkapkan dan menceriakan Bilik Pendidikan Islam dan SAC dan mengawasi kebersihannya.
Ø Mewujudkan Radio Sekolah ‘Slot D’Z.
Ø Promosi PSS setiap hari Jumaat waktu perhimpunan “Info PSS”.
Ø Perubahan di PSS – mewujudkan Bilik kerja untuk penyelaras dan konti untuk Slot DZ, siling PSS digantikan, semua pintu digrilkan
dan memulakan sistem automasi.
Ø Mewujudkan Sudut Bacaan di kantin dan mengemaskini meja kantin dengan info pendidikan.
Ø PSG dipindahkan ke Pusat Sumber, bilik ini digunakan sebagai stor ETEMS.
Ø Mewujudkan sudut Nilam di PSS dan Kantin.
Ø Minggu atau Bulan PSS - Mac
Ø Pertandingan Banyak Membaca – setiap bulan.
Ø Aktiviti Kelab PSS setiap Jumaat.
sesi pagi (3:00 – 5:00 petang)
sesi petang (8:30 -11:30 pagi)
Pencapaian PSS ialah : 2006 -Tempat Ke 3 (Pertandingan PSS -Peringkat Negeri Perak - Kategori SM Bandar . 2007 - Tempat Pertama ( Pertandingan PSS -Peringkat Negeri Perak - Kategori SM Bandar .
15 Mei 2009 - Pn Rodzilah bt Azidan mengambil alih pengurusan sebagai Guru Media

VISI

Pusat sumber SMK Dato’ Zulkifli Muhammad adalah sebuah pusat sumber yang berkeyakinan dan berkemampuan memperkembangkan potensi individu secara bersepadu untuk mewujudkan guru-guru dan para pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan.

MISI
Berusaha memupuk nilai intelek, berilmu dan berakhlak dalam komuniti sekolah.
Membina para guru dan pelajar meyakini budaya membaca sebagai instrumen anjakan paradigma.
Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha menambah dan mengembangkannya.
OBJEKTIF
Meningkatkan taraf p&p dan prestasi pencapaian akademik
Menggalakkan para pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan p&p yang disediakan.
Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu atau bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di pusat sumber
Membantu guru&pelajar dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai alat dan bahan p&p.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza kebolehan.
Melatih pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan alat-alat ‘hard ware’.
PSS SMKDZMSR sangat cemerlang. Tahukah anda bahawa koleksi bahan di PSS adalah mengikut kadar berikut : Koleksi Asas Untuk SM ialah 8000 buah buku, Nisbah murid pula : buku ( 1:14 ) , Pertambahan Bahan ialah 1:3, Agihan Buku : ( Fiksyen 60 %, Bukan Fiksyen 40 % , Terbitan Berkala 15 Judul ) . Bekas pelajar dermakanlah buku yang telah terpakai ataupun menderma buku baru untuk PSS . Kempen melengkapkan koleksi di PSS adalah sepanjang tahun. Sesungguhnya fungsi utama PSS SMKDZMSR ialah : Masyarakat sekolah berasa senang dan sedia ke PSS apabila mereka memerlukan bahan dan maklumat. Guru Media, Guru PSS dan Pengawas PSS sentiasa memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan utama ( pelajar SMKDZMSR ) PSS. Pandangan Pengetua SMKDZMSR terhadap peranan PSS ialah : " Successful Principals are able to find resources where others see only problems. PSS adalah suatu tempat, suatu koleksi, suatu integrasi kurikulum , suatu perkhidmatan, satu agen perubahan - perkembangan intelek "-Pengetua SMKDZMSR 1 Jun 2009